Tips Cara Bergaul yang Baik
TIPS-TIPS
PERGAULAN YANG CEMERLANG UNTUK DIPRAKTIKKAN
Tips yang
mungkin bermanfaat untuk dikongsikan dalam amalan pergaulan supaya disenangi
adalah :
a)
Bersangka baik – elakkan bersangka buruk kerana ia menhjadi punca permusuhan
b) Murah
dengan senyuman – tidak memerlukan modal dan dari aspek kesihatan, kajian mendapati
kita hanya menggunakan 17 otot muka sewaktu senyum berbanding 43 otot sewaktu
mengerutkan dahi (rahsia awet muda)
c)
Lahirkan simpati dan empati – turut berdukacita dengan musibah yang menimpa
kawan-kawan dan cuba meletakkan diri di tempat mereka.
d)
Sebarkan salam – tidak terbatas kepada orang yangdikenali sahja tetapi kepada
semua
e)
Pamerkan kasih sayang – saling membantu, mengambil berat dsb
f) Latih
diri ingat nama kawan - insan lain akan merasa dihargai
g) Hormati
pandangan pihak lain – sekalipun tidak bersetuju, cuba raikan atau bangkang
dengan cara yang penuh berhikmah
h) Minta
maaf dan sedia memaafkan – meminta maaf dan mengakui kesalahan tidak akan
menjadikan diri kita hina malah kita menjadi lebih mulia. Bersedia memaafkan
orang lain pada bila-bila masa sahaja. Siapa kita untuk tidak memaafkan kesalahan orang lain sedangkan Allah itu maha Pemaaf (Al’Afuwwu) dan Nabi juga sentiasa memafkan kesalahan umatnya.
orang lain pada bila-bila masa sahaja. Siapa kita untuk tidak memaafkan kesalahan orang lain sedangkan Allah itu maha Pemaaf (Al’Afuwwu) dan Nabi juga sentiasa memafkan kesalahan umatnya.
i) Tepati
janji – salah satu tanda orang munafiq ; apabila berjanji tidak menepati
j) Doakan
kebahagiaan sahabat dan doakan semoga persahabatan dipelihara Allah – antara
amalan doa yang boleh diamalkan adalah Doa Rabitah (di dalam Al-Ma’thurat).
Ketika membaca doa tersebut, bayangkan wajah insan-insan yang disayangi,
mudah-mudahan Allah akan sentiasa mempertautkan hati antara kita.
Elakkan :
Elakkan :
a. Menyakiti hati orang lain
b. Gurauan melampaui batas
c. Memperkecilkan orang lain
d. Bercakap kasar (sekalipun bergurau)
e. Mempamerkan riak wajah tidak selesa
atau tidak suka
postingan.a menarik, mkch yah??
BalasHapussmga bsa d.praktekan .
menarik bangeet tuh ,
BalasHapus